26 April 2008

Drum Animation

Sebelum ni saya ada letak entri berkenaan animasi bawah tajuk orkestra. Kali ini try tengok pulak satu animasi yang agak best jugak. Animated Drum.....memang menarik dengan alunan muzik dan paparan yang sempurna tapi eloklah jika komputer tu ada woofer sound, baru betul2 terangkat. Fail asalnya adalah lebih kurang 145mb, saya terpaksa compress hingga saiznya menjadi 34mb untuk diupload kerana blogger membenarkan hanya fail bersaiz 100mb ke bawah sahaja boleh diupload. Saiz yang kecik juga menpercepatkan proses upload. Mungkin kualitinya agak rendah sikit.




Tentu kita pernah tertanya-tanya bagaimana perisian-perisian multimedia dan filem-filem animasi komputer seperti Toy Story, Bee Movie atau Finding Nemo dihasilkan. Sebenarnya ianya tidaklah sesusah mana (* ini kata orang,boleh caya ke?) Biasanya untuk menghasilkan sesuatu animasi seelok2nya kita mempunyai komputer grafik berkuasa tinggi seperti dari Silicon Graphics Inc . Tapi ramai aminator yang menggunakan komputer biasa tapi mempunyai spec yang agak baik dari segi processor, ram, kad grafik dan juga storage untuk menghasilkan filem2 animasi. Perisian2 komputer untuk membina sesuatu animasi pula adalah seperti dari Alis|Wavefront, Lightwave dan 3D Studio Max dan lain2. Apa yang paling penting sekali ialah imaginasi dan kreativiti yang banyak!


Ambo = imaginasi dan keativiti kurang disamping kurang ilmu :D

4 komen:

memang cun animation tu..tp kalau upload kat youtube lagi laju loading kot...saya tgk ada sangkut2 jugak...ke line kat sini slow kot..

mana dpt video tu bro? buat sendiri ke? cayalah....hehehe

Jawab uncleJ :

Saya memang suka benda2 cam ni... cari dan simpan. Kalau biasa search akan jumpa kat youtube ke atau di mana animasi yang serupa.

hehehe...buat sendiri? kirim salammm...

Kat Kulai tak sangkut lah UncleJ.. apa lagi jam 4 pagi.. tak der traffic pun he he..

awal2 dengar macam lagu search Isi dan Kulot jer.. he he

saya rasa.. animated film tu.. dia orang guna supercomputer kot.. laju gila..he he

Jawab Kasawari :

hehe.. patut tak sangkut.. 4 pagi, no heavy traffic.

Nak buat animasi tak ler sampai pakai supercomputer. Kalau ada spec komputer yang biasa atau baik sikit okey ler. Mungkin cuma kena ada ketekunan dan sabar je.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More