18 March 2008

Tepat Tujuh pm


Kereta api... lama tak naik kereta api ini. Ada juga orang panggil kereta lipan, mungkin sebab ianya panjang kot. Kali terakhir ambo naik kereta api ni rasanya dalam12 tahun yang lepas . Memang lama tu. Seingat ambo la kereta api inilah jadi pengangkutan utama ambo dari Kelantan ke Johor dan sebaliknya. Mungkin ianya lebih selesa kot sbb selain tempat duduk biasa ada juga koc yang menyediakan tempat tidur. Naik je kereta api baring, pejam mata , bila bukak mata dah sampai ke destinasi. Magic...magic. Gambar di atas tu ambo snap di Stesen Kereta Api Pasir Mas semasa menghantar adik ambo sekeluarga balik ke KL.Katanya lebih seronok naik kereta api, tak penat, boleh pejam2 mata, kaki tak payah susah2 nak tekan minyak atau brek.

Stesen kereta api Pasir Mas sekarang ni tengah diubahsuai, mungkin dalam sebulan dua nanti semuanya akan siap. Bangunannya nanti lebih bercirikan ke arah milenium tak la mcm bangunan sebelum merdeka lagi.

14 komen:

Salam

Harap sangat sangat jalae di Pasir Mah tu diLEBARkan . Lebih lebih lagi depae Stesen KretoApi tu.

Kak pB last naik kretoApi hujung tahun lepah. Sapa naik puah dok atah tu. Keno pulok kat Ghemah , pa'lo kretoapi tu rusok. 3 jae dok sa'da situ. Sapa Kay EL , kul 11 pagi. Naik dari Pasir Mah , kul 700 malae ....

Skali fikir , supo serik doh ....

huhuhuhu...riani dah serik naik kete api ni Tok Nabe...mabuk and tak selesa...kalau balik kg hubby, memang angkat bendera putih kalau dia ajak naik keta api...hohohoho...

Jawab pB :

Kalu naik kereta api ni time pa'lo dio rosak tu la hok paling boring. Kena rosok tengah2 utae pulok tu.... jenuh nunggu pa'lo ganti. Tapi setakat hok ambo naik ni, ia amsih menepati maso lagi.

Jawab Angriani :

Mmg ada pengalaman masing2. Tapi bagi ambo pengalamannya ok la cuma, masa perjalanannya tu waktu mlm, tak leh nak nengok pemandangan sekitar.

Bro,

aduhai nostalgia ni tentang keretapi.. tapi bulan 12 yg lepas baru naik ke Butterworth.. yang seronok sampai gemas tu.. keretapi pecah dua. satu ke pantai timur satu ke utara..

kalau dulu dulu saya biasa dgn keretapi dari KL - KULAI masa belajar.. bila berhenti kat tampin atau segamat.. pasti ada brother2 atau makcik jual.. kacang, karipap, air tebu... {diaorang macam nyanyi jer}.. tapi hari tu saya naik dah takder dan tidak dibenarkan meniaga lagi..

alos la tok nabe..

lamo molek ambo tok naik keto api..

last 3-4 tahun lepas..naik d wakaf bharu.. :)

lamo gark xnaik ketapi.. asyik naik LRT jek.. busan2.. uhuhu

Jawab Kasawari :

Naik kereta api sekarang dah tak sama mcm dulu. Sekarang lebih selesa berbanding dulu. Cuma ada 2 persimpangan jalan kereta api di malaysia ni, 1 di Gemas dan 1 lagi di Pasir Mas. Tapi tak ramai tau agaknya. Di Pasir Mas persimpangannya untuk ke Rantau Panjang dan Thailand.

Jawab JD-Kiss :

Kira lama jugok tu tak nak kereta api.Orang ganu jah hok jare sangat jumpo kereta api ni. :D

Jawab iEn :

Hehehehe, tu kira biasalah. Orang yang biasa naik kereta api dah boring sangat naik kereta api. mana yang selalu naik LRT boring pulak naik LRT sokmo2. Tapi mujur juga tak boring2 naik opis :D

Saya tak pernah naik keretapi. Kalau LRT pernahlah. Kira sama ke tok?

:D

erk... sama tak? tak sama ke? Tapi kalau penah naik kereta api jenis ada serombong asap tu lagi best. Aircond tak de....kena buka tingkap. Bila sampai destinasi try tengok lubang hidung...... ireng geseng.Itu kereta api zaman dulu.. :D

sekali ajer naik keterapi seumur hidup ( selain LRT atau komputer lar ) satu jam dok dalam tuh takda ekon... hampeh.. dah lar perjalanan lama lak tuh.. baik naek bas... thehehehe

Setengah org suka naik bas sbb selesa. Tapi kalau na rasa cam hindustan..try2lah naik kete api. Gitulah kan. Seingat ambo kereta api la ni dah semua ekon. Tapi tak tahulah utk yg short journey antara bandar, mungkin tak deekon kot.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More