03 March 2008

Peristiwa Bersejarah Kelantan

Sumber : Salam Pantai Timur.


Kali ni ambo nok *ba'ri pasal sedikit peristiwa yang berlaku di negeri Kelate. Kebiasaan orang tua2 zaman dahulu mengambil kira peristiwa yang berlaku ketika kelahiran seseorang untuk mengetahui usia seseorang itu, contohnya seperti perbualan ini :

Kasawari: Masa bah air merah tu demo besar mano doh?
UncleJ : Kawe tak masok jawi lagi….demo besar mano?
Kasawari : Aeh…gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..
UncleJ : Hooh... kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena lagi..

Berpandu kepada detik peristiwa seperti inilah orang tua dulu dapat mengetahui berapa umur masing2. Kalau perbualan itu berlaku pada tahun 2008 dan bah air merah pula berlaku pada 1926, maka umur UncleJ sekarang lebih kurang 94 tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun, kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi…bukan macam sekarang. Umur Kasawari pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebih kurang sebulan. (Sekadar contoh je ni)

1849 - Gajah Mengamuk.
Ramai penduduk disekitar Kota Bharu yg mati akibat dari se ekor gajah yang mengamok. Gajah tersebut bernama "Berma Sakti".Gajah tersebut akhirnya dapat di tundukkan oleh Datok Kaya Pahlawan Kadok.

1880 - Angin Besar.
Telah berlaku satu peristiwa taufan yang amat dahsyat di sebut oleh orang tua Kelantan sebagai "angin besar". Di katakan bahawa angin ini bertiup pada hari raya haji pada petang sabtu 13hb Nov hingga waktu subuh hari Ahad. Mengikut kata2 orang tua, belum ada lagi angin yang sebegitu kuat seperti ini.

1881 - Haiwan Mati.
Segala haiwan ternakan habis mati kerana wabak penyakit, mungkin ada kaitan dengan peristiwa angin besar yang berlaku pada tahun sebelumnya.

1882 - Peristiwa Kelaparan.
Telah berlaku peritiwa kelaparan. Orang kampung nak bertanam padi sudah tak dapat kerana segala lembu kerbau yang selalu di guna untuk membajak telah mati akibat dari wabak penyakit pada tahun sebelumnya (mungkin penyakit kuku & mulut). Orang ramai pula telah di serang penyakit taun dan malaria. Ekoran dari inilah ramai rakyat telah meninggalkan kelantan untuk pergi mencari makan dan memulakan penghidupan di luar Kelantan, antara tempat yang menjadi tumpuan ialah Terengganu, Kedah, Perak dan Johor.

1897 - Bah Urai.
Bandar Kota Bharu telah dilanda banjir dan sagala ternakan mati. Dalam waktu yang sama seorang perempuan bernama Urai telah mati di tikam kerana bermukah. Mayatnya telah di heret kedalam air untuk di tanam.

1909 - Api Hj Samba.
Dalam kebakaran ini telah memusnahkan 390 buah rumah di Kota Bharu yang di percayai bermula di rumah Hj Samba. Oleh itu orang menyebut Api Haji Samba

1910 - Lembu Belaga Harimau.
Pada tahun ini telah diadakan satu pelrlawanan antara lembu dengan harimau yang berlangsung di Jel Burok Jalan Tok Hakim. Harimau tersebut di katakan kepunyaan seorang Inggeris. Dalam peristiwa tersebut tiba2 harimau tersebut melompat keluar dan mencakar orang2 yang berada di situ menyebabkan ramai yang mati.

1915 - Musoh Tok Janggut.
Di antara banyak tragedi yang menjadi sebutan ramai di Kelantan ialah cerita pemberontakan Tok Janggut menentang Inggeris di Kelantan. Akhirnya beliau gugur sebagai syuhada pada 24 Mei 1915 kerana membela tanah air dari cengkaman pejajah.

1921 - Puja Umor.
Buat pertama kalinya sambutan Puja Umor atau Hari Keputeraan Al-Sultan. Sambutan yang telah di adakan selama 3 hari ini di serikan dengan pelbagai permainan kebudayaan rakyat kelantan.

1922 - Rombongan Kebudayaan.
Pada 25 Mac satu rombongan kebudayaan telah di hantar ke Singapura sempena dengan Malay & Borneo Exhibition. Para peserta terdiri dari 20 orang pesilat, 60 orang pengayuh perahu, 12 orang pemain bolasepak, 40 orang pemain makyung, menora, wayang kulit, 2 orang penenun kain songket. *Puak dikir barat demo tak *padoh sebab belum wujud lagi.

1926 - Bah Air Merah.
Banjir ini berlaku pada 24 Disember yang menenggelamkan bandar Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai. Air banjir ini di katakan berwarna kemerah2an dan berlaku selama 4 hari. Mengikut cerita orang tua itulah banjir yang paling besar yg belum pernah berlaku sebelum ini. Banjir tersebut surut pada 2 Jan 1927.

1927 - Kota Bharu Terbakar.
Sekali lagi bandar Kota Bharu mengalami kebakaran pada malam 13 Jan 1927. Antara harta benda yang musnah ialah 235 buah gudang dan 26 buah rumah. Api ini di katakan datang dari sebuah gudang cina yang terbakar bernama Bah Cik.

1931 - Wayang Gambar.
Pertama kali tayangan wayang gambar diadakan di Kota Bharu. Tayangan tersebut bertempat di panggung Sekebun Bunga Kota Bharu pada 11 Mei 1931.

1927 - Sarkas.
Pertama kalinya pertunjukkan sarkas di adakan di Kelantan pada 14 Oktober 1927.

1941 - Perang Jepun.
Tentera Jepun telah menyerang Kuala Pak Amat pada 8 Disember 1941 jam 12.25 pagi iaitu kira2 10 minit lebih awal dari Jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii. Seramai 6,000 orang tentera Jepun telah mendarat melalui Kuala Pak Amat ini. Jepun di katakan memerintah Tanah Melayu lebih kurang 3 tahun setengah. Pada 15 Ogos 1945 tentera Jepun menyerah kalah.

1957 - Merdeka.

1990 - Bule start n'gambe penuh di Kelate.

____________________________________________________________________

*Ba'ri = Bercerita, *Puak = Kumpulan, *Padoh = Jemput (Loghat Kelate :D)

22 komen:

salam toknabe..

tgk gmbr tu ingt plk mse g klate aritu..dok dan nk ambik gmbr situ..

Salam tok,

Saya dapat ilmu baru hari ini. Saya tahu yang 1957 itu saja sebelum ini.... :D

Jawab :

--> Syam : salah satu tempat menarik di kelate. ramai ore suka gi kelate sbb gapo gak?

Jawab :

--> BP : ada satu lagi tarikh yang patut di ingat. Tahun 1990 ....

alos la tok nabe..

menarik sungguh crito demo..!

Jawab :

--> JD-Kiss : Kawe pun tertarik jugok sebenarnya. Cerita asal dale salam pantai timur.

fusss...penuh lengkap cerita ni..bagus eh demo ni....bangga kawe baca artikel ni.....hidup toknabe....

Jawab :

--> dav_perantau :mekasih...mekasih, tu pun ambo jumpa dale internet jugok. Boleh dikongsi2 bersama utk pengetahuan bersama..

demo guna nama kawe ni ada dpt permit tak? kalau tak de, nanti kena saman free jer...hehehe

kelantan mmg satu negeri yg unik..mmg tak de kat negeri lain..contoh makanan dorang mmg tak kan jumpa kat tempat lain - putri mandi, badakberendam, tahi itik, jalamas..mcm2 lagi..betul tak bro?

tertinggal satu date:
2008-PAS sapu bersih semua kerusi di PRU ke12...hehehe

menarik info nih...
tambah la lagi tok nabe...
kite mmg minat sejarah... :)

TokNabe...citer laa pulok pasal istana airmata tewww...bukan pasal istanayer...pasal penentangan rakyat kelantan dan org kampung yg tanahnyer diamik untuk wat istana teww...kalau salah minta mahap yer...

salam dr medan, uiks cam baca subject sejarah jer..ahaks

Salam Tok... saya suka entri ini, bukan calang² org yg dpt menulis spt ini...

Beep Beep..

Aduhai... tak perasan plak nama saya dalam entri ni.. he he..
wah bro.. saya ni tak reti cakap kelantan.. Uncle J tu memang terror.. he he

tapi bagus lah entri sebegini buat kronologi tentang negeri kelantan.. harap2 bulan akan terus mengembang di sana..

TAKBIR

p/s: cuti2 sekolah tak jenjalan JB ker.. leh ngeteh mana2 he he

Jawab UncleJ :

Minta maaflah uncleJ, kekadang minta permit pun tak dilayan, jadi teruskan jugaklah yek.. Satu hari harap uncleJ dapat pi kelantan, ronda2 tengok keadaan sana.

Jawab Manje :

Info yang menarik, yang boleh dikongsi bersama pembaca. Mungkin ramai jugak org kelantan yang tak tau info2 ni.

Jawab Angriani :

Kisah Istana Air Mata..., mungkin satu hari nanti. kalau dah info2 dan fakta2 yang sesuai bolehlah ambo ketengahkan.

Jawab Arsaili :

Heheehe... mcm bca buku sejarah tapi fakta2 ni tiada dalam buku sejarah hatta dari darjah satu hingga tingkatan 6. :D

Jawab Jie & Kelat :

TQ... sebab suka.

Jawab Kasawari :

ehem..ehem.. itu Kasawari bukan kasawari Kulai tapi itu kasawari jauh kat benua sana. Kasawari sna pandai cakap kelantan. nampaknya bukan terus mengambang di kelantan.

Wokey... jika ambo turun JB nanti ambo call, ada pluang boleh le mgeteh nanti. :D

salam, bagus dah awak buat ni tapi
nak buleh mana ya pasal sejarah kelate yg ditulis...?


Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More