23 March 2008

Cerita Hari Ini

Hari ni hari Ahad. Hari ni ambo kena gi skolah. Semalam dah pegi buat persiapan terakhir. Hari ini ambo demam pulak tu. Nasib baik seminggu ada 7 hari jah kalau 12 hari dah tentu 12 ari tu ambo kerja. Pihak Sekolah menjemput seorang YB yang menang pilihanraya ari tu untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ni. Maklumlah pihak sekolah nak minta sikit peruntukkan dari Yang Berhormat. Lebih2 lagi lepas pilihanraya ni, tentu katung YB2 yang menang terutama dari parti pemerintah mempunyai peruntukkan khas untuk disalurkan pada rakyat jelata ni. Alhamdunillah... seperti yang dipohon oleh pihak sekolah, nampaknya ada ler sedikit projek mengalir ke sekolah ni. Itulah yang sekolah minta... dan dapat.

Yang ambo nak sentuh sedikit ni ialah pasal "Kuih Teriak". Pelik sikit... tak penah ada orang dengar nama kuih ni. Kuih ni biasanya ada masa mesyuarat agung PIBG jah. Ambo sendiri pun 13 tahun yg lalu heran jugak dengan kuih ni. Pelik..pelik, mcm mana la bentuk kuihnya. Jadi dulu adalah ambo bertanya dengan rakan2 lama "Lagu mano weh... tepong teriok ni, kawe tok beso dengar ni" Tu cakap ajuk ambo (dulu mmg ambo kecek kelate jah dgn rakan2, rakan jawa pulak ckp jawa dgn ambo. Pening last2 dua tak paham apa kebenda). Rupa2nya "kuih teriak" inilah bentuknya :

Kuihnya kuih biasa, ada cekodok, pau, karipap, donat dan lain2 lagi. rupa2nya "Kuih Teriak" tu cuma istilahnya saja.Kisahnya....bila nak adakan mesyuarat agung PIBG pihak sekolah mencanangkan kepada ibu bapa yang hadir mesyaurat hari tu membawa barang sepiring kuih.Tak kiralah apa jenis kuih. Jadi untuk jamuan hari tu menggunakan kuih teriak sajalah. Memang banyak kuih yang dibawa oleh ibu bapa ni (termasuk guru jugak).Kuih2 ini memang tak habis di makan masa jamuan ni, jadi yang lebihnya boleh le dijadikan "bontrot" oleh mereka yang hadir. Itulah kelebihannya suasana sekolah di kampung2. Walaupun jauh di luar bandar tapi semangat kerjasama dan sepakat itu memang masih utuh lagi. Ambo seronok di sini.

14 komen:

13 tahun dulu demo nak cakap wes mangan pun belum reti lagi kan? tapi skrg ni kalau ckp jawa dgn org jawa mesti dorang respek kan? hehehe

kuih teriak tu sama konsep dan prinsip mcm poluck jugak,sorang bwk sikit sorang kan?

alus laa tok nabe..
igt ko kueh teriak tu kueh gapo..hehe..

macey2 namo kueh ado..hok tok penah dgr pun ado.. :)

Jawab UncleJ :

Gitulah uncleJ....dah masuk kandang kambing. Bahasa jawa, tu untuk ambo sekadar cukup untuk memahami apa yg org cakap. Sendiri cakap sikit2 boleh ler.

Konsep kuih teriak dengan poluck tu kira samalah. nama lain2 tapi konsepnya sama. Yang penting dalamnya terkandung semangat kerjasama dan murah hati :D

Jawab JD-Kiss :

Kawe dulu pun ingat pelik jugok. Tapi lamo2 boleh terima jugaklah istilah2 ore luar ni.

Mace tempat kito, kalu nak kira kuih ni banyok nama2 hok pelik2 mace teri mandi, kekah char,taik itik, jala mah & mace2 lagilah. lain tempat lain budaya... tu hok kita kena ingat biar kita boleh idup di mana2 :D

kuih teriak nak suruh tambah lagik tow hehehe!!

Jawab iEn :

Tu la do teriak suruh kuih tu mai.. mai.Biaq banyak sikit.Senang nak tapau buat balik.

Begitulah saya tenung apa jenis kuih teriak tu.. rupanya kuih yang disuruh bawak.. kelakar jugak.. he he

wah dah dapat peruntukan tu.. leh ar buat airport kat sekolah.. he he..

tahniah Bro.. smoga menjadi pendidik yang berjaya dan terus berjaya.. byk jugak saya dgr cerita dari UncleJ tentang Bro.. semuanya baik2 belako.. he he..

sampaikan UncleJkata.. nak sgt jumpa bro ni... bila lah tu.. he he

salam...

huhu kuih yg tersirat makne nye...
penat tau manje tenung gmbr tu...
bile sebut balik kuih tu... br fhm... hehe... menarik la en3 ni

> kite pon tmpg seronok jg... :p <

Jawab Kasawari :

Tu baru istilah kuih teriak. Bro penah dengar jewel-jewel tak? yang ni pun sodap jugak. cam lempeng, tapi masa diuli taruh kelapa sikit baru sedap. Goreng kemudian cecah kari + sambal tumis. Meleleh bro... air liur. Ni utk buat sarapan atau mkn petg je.

Ambo pun teringin nak jumpa uncle hensem tu... tapi bila agaknya yek. Bro yang dok kulai ni pun belum sempat ambo nak jumpa pada hal bukannya jauh sangat pun.

Jawab manje :

Mcm2 istilah orang reka utk menggambarkan sesuatu. Kuih teriak ni salah satunya. Nasib baik tak juling renung gambar tu cari bentuk kuih teriak... memang tak jumpa pun.:D

wei lah, nasib ambo baco peghabih entry ni kalu tengok gamba sajo dok cari jugok tu dalae gamba hok mano so kueh triok! buleh doh ilmu sikit pagi ni.

mesti suko kalu dok ngajar di kapong dih? sega perasae sokmo bekalih tok nabe dok?

ambo kalu sambal goreng jawo memae favourite tu. Kapong tok ttuo ambo pong masuk dalae kategori jawo..hehehe..

Serupo ambolah kalu lagu tu mula2 sekali kenal dgn kuih teriak ni. Nk tengok bentuk dia lagu mano.. last2 dapat tau gitu je rupanya :D.

aduhaiii...setapnyer...kueh-mueh itewww tok nabe...nak ciket...bole??? lapar laaa selepas seharian mencari kema hilangnya pendrive tercaayang...huhuhuhu...

Jawab Angriani :

Alahai pen drive ilang pulak. Yg ptg bukan pen drive tu tp data2 dlmnya tu tak boleh dicari lagi. Nak kuih ni... tunggu mesyuarat PIBG tahun depan pulak :D

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More