05 January 2008

Rewang

Hari ini ingat nak rehatkan diri sambil lepak2 dan baring2 tapi ptg Khamis lepas ada orang menjemput untuk rewang (gotong-royong@jokako) majlis kahwin orang kampung ambo. Nak tak hendak kena pergi jugaklah, itulah cara hidup di kampung jika ada majlis kahwin macam ni kalau dijemput rewang, semua pakat turun. Walaupun majlis kahwin ni berlangsung pada hari ini tapi rewangnya bermula petang semalam lagi dengan pemasangan khemah. Malamnya pula dengan menyediakan bahan2 untuk masakan besok dan hari ini biasalah kemuncak kepada rewang. Nampak gaya golongan otai2 yang masih memonopoli rewang2 ni, golongan muda kurang sikit sambutan dia... ntah kenapa.


Majoriti penduduk kampung ambo ni terdiri dari orang keturunan jawa, sedikit sahaja yang lain2 keturunan termasuklah ambo ni. Bila time mereka bersembang tu memag le loghat jawa yang keluar, dalam bab ini ambo angkat tanganlah. Bukannya semua perkataan jawa itu ambo faham walaupun lebih sepuluh tahun ambo bercampur dengan diorang. Ambo lebih banyak ternganga dari terangguk2 ler.

10 komen:

lamo doh tok dengar jokako....

ermmm..bagus sahabat saya sorang nih..selalu jugak gi rewang kat kg tu..mcm tu lah tok, hidup kat kg yg ramai org jawa...selalu berkerjasama..

tp kat sini tradisi rewang tu dah semakin pupus, semuanya ambik catering utk buat kenduri kawen...dah tak de org yg nak rewang@gtg royong memasak dll...

Nampak gayanya, tok ni..2+1 sbb:

1. rewang bantu kat dapor..
2. rewang amik gambor..

usah skadar rewang amik gambor udah lerr!
hehehheh

caiyok la tok!

salam tok..yg ternganga luas sangat, nanti lalat masuk mulut..ahaks

TokNabe Jawab :

--> yanglerni : hok mano hok lawoknyo?

--> CT Nurani : Jokako. Hahahahaha ...ambo pun lamo doh tak guno perkatae tu. Jokako....

TokNabe Jawab :

--> UncleJ : Ginilah hidup di kapung uncleJ, kalau tak campur dengan orang nak campur dengan sapa lagi. Ada juga kat sini yang pakai catering tapi tak ramai. tradisi rewwang tu masih digunakan lagi di kampung ambo ni.

TokNabe Jawab :

--> Azlan Lin : kekadang jadi 3 + 1 pun ada. Yang 1 lagi tu tak yah cakap ler.Kekadang 4 +1, ish kekadang 0+0 itu ler.... pening, pening.

--> Arsaili : Kebetulan sekarang musim lalat banyak .....masin mulut arsaili nanti :D

Wah tradisi rewang ni memang masih KEKAL di Johor.. apa lagi di Felda Felda.. teringat mak mertua saya.. ketua blog wanita di situ.. kalau ada kerja kahwin jer.. perghhh meriah ber... siap berkaraoke malam rewang tu.. Apa lagi saya pun turut menyumbangkan lagu.. he he

Tahniah Bro entri yang baik ni..

TokNabe jawab :

--> Kasawari :Alhamdunillah di kampung saya ni, tradisi rewang masih berjalan. Pada mas nilah kalau nak jumpa orang kampung ramai2. Seronok juga le,tapi yang kebanyakkan datang orang2 kampung yang dah veteren sikit. Entah mana pegi yang muda2. Tahun 2008 ni banyak pulak rasanya rewang ni.... dah ramai yang menunggu tu untuk panggil rewang...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More