10 January 2008

Menonton Movie Free

Memang seronok menonton movie ni, lebih2 lagi sekarang ni boleh dikatakan sentiasa je ada filem baru di keluarkan (filem inggeris le). Ambo nak berkongsi sikit pasal menonton filem ni, maksud ambo menonton filem online termasuklah filem2 yang terbaru di pawagam. Menonton filem secara online ni ok jugak, selain free, kita juga tak menyokong aktiviti cetak rompak yang terang2 menyalahi undang2 negara.Ingat kita menonton sahaja bukan men'download' dan menyimpan filem tu. Yang ambo nak berkongsi ni adalah mengenai satu laman web yang memuatkan banyak filem sama ada baru atau klasik. Kualitinya pula boleh dikatakan menyamai atau setaraf DVD. Hebat jugakkan?. Kita ubah sikit cara menonton wayang ni, di zaman teknologi maklumat ni kita menonton pula secara online. Ni ambo ada print screen salah satu filem yang telah ambo tonton secara online ni. Filem ni agak baru di pawagam juga iaitu 'I Am Lagend ' lakonan Will Smith.

Syarat untuk memainkan filem di laman web ini ialah komputer mesti mempunyai DivX Video Player. Jangan risau jika tak ada, jika anda memasuki laman web ini dan cuba untuk memainkan filem, ia akan memberi arahan untuk anda memasang DivX Player serta merta. Pemasangannnya hanya mengambil masa seketika sahaja.

Ini print screen ketika menggunakan full screen. memang cantik visualnya dan audio pun memang best di dengar. Memang mencapai kualiti DVD audio dan visualnya. Tapi bukan semua filem yang mempunyai kualiti sebegini. Kebanyakkan filem2 yang agak lama sikit yang mempunyai kualiti sebegini. Jika berminat nak pi menonton wayang, klik sini atau gambar di atas untuk ke laman web tersebut. Selain menonton secara online jika berminat anda juga boleh download filem2 yang ada di sini.

Sebelum ambo terlupa, untuk menonton filem dengan selesa secara online selain komputer, kita juga memerlukan sambungan internet jalur lebar, orang putih sebut broadband. Streamyx ler tu. Proses 'buffering'nya ada filem yang mengambil masa yang agak lama dan ada filem yang sekejap sahaja. Mungkin semuanya bergantung kepada traffic internet, jumlah pengunjung yang menonton sesuatu filem dan juga sistem komputer anda. Untuk filem I Am Lagend ni proses penuh buffering mengambil masa hampir sejam untuk filem penuh 1 jam 45 minit dengan sambungan internet ambo Streamyx 1.5MB. Mungkin dengan 3G atau dailup filemnya akan tersangkut2 dan ini akan melecehkan proses menonton filem.

Satu lagi.......sebenarnya bukanlah menonton filem di sini sebenar2 free. Ambo berkata demikian bukan apa, sebab tuan2, puan2, encik2 dan cik2 masih perlu membayar
bil elektrik dan juga bil streamyx kerana kalau tak ada kedua benda tu kita tak leh juga menonton filem di sini.

............... Sekadar berkongsi. Selamat menonton.

13 komen:

Very good info toknabe...bagus kalau dapat tgk movie free kan?

yg malas tu nak tunggu download/buffer tu..lama jugak ler..

pakai sopcast tu ok ke? lambat jugak buffering dia, tu yg malas nak tunggu..

mmg btoi le kata tok tuh... bil ghomah kelat dah mlambonggg... ngeh ngeh ngeh... tadek menda yg free dah skrg nih... kan tok kannnn...

TokNabe Jawab :

--> UncleJ : Memang bagus kalau semuanya free tapi hakikatnya sekarang berapa kerat je benda yang free. Bufferign tu bergantung pada mcm yg sy bagitau tu. Biasanya lambat tapi kekadang ada yang cepat. Sopcast pun sama, satu lagi mungkin server tu berada di luar negara dan tu pun salah satu penyebab ke'lembab'an proses buffering tu. Tunggu uncleJ sponsor satu server untuk hosting apa2... mungkin akan mempercepatkan proses downloding apa2. :D

TokNabe Jawab :

--> Kelat : Kalau tak nak bil karan melambung... jangan guna letrik. Pakai lilin, tapi masalahnya lilin pun kena beli jugak. Ish..ish..Takkan nak bukak komputer pakai lilin, tak logik pulakkan. Jadi tak leh nak kata apa sekarang, jarang ada benda yang free sekarang ni. Yang tak free pun makin lama makin mahal pulak. Try kelat survey2 pakai tenaga solar.... banyak boleh jimat tu.. hehehehe.

Wah minat gak Movie eh bro.. nanti kita sama2 leh gi TGV kat tebrau city.. tengok big wide screen lagi besh.. he he

Pergghh lama tu nak streaming tunggu dia download.. lagi la kalau pakai dial-up..

salam tok..mmg best nengok free...lagi best kalo ade pop corn free...

sepjgn saya bersurf kat internet dari zaman dial up 1515 sampai la guna SNAILmix ni, dlm 9 thn ni, saya belum pernah sekali pun nengok movie dalam internet..saya tak cukup sabar kot nk menunggu..kehkehkeh


p/s haluih beno tulisan kat blog ni kalo msk ikut Mozila, esk nk masuk ikut IE la pula nk nengok..

TokNabe Jawab :

--> Kasawari :Masuk panggung ambo kurang minat sikit, tapi kalau nak menonton ambo cari dvd jah atau online cam ni. Tengok kat rumah best jugak. Pakai LCD pulak tu boleh ejes nak besar mana paparan :D

--> Jie: Benda yang free apa tak bestnya. Nak pop corn kena cari penaja lain ler. Biasalah benda2 free ni kena menunggu sikit, sabor tu kan sebahagian daripada iman. ish.. kecik ke tulisan tu... ambo rasa dah sedang molek tu. kena pakai spek atau kanta ler ni. :D

Salam tok.

Saya dah ada DVD 'I am legend' tu mingu lepas [beli di pasar malam ha ha!], tapi tak sempat nak tengok lagi... :D

TokNabe Jawab :

--> BP : Mungkin masa sekarang yang terlalu pendek kot yang menyebabkan banyak perkara yang kita rancang tak sempat nak buat.

salam tok..lama tak tgk movie..kalau free suka gak tgk cd cetak rompak ..ahaks....

salam tok nabe..
wah promosi bagus ni.tp citer tu mmg best.sy tgk kat panggung wayang dan terasa nak beli dvd sebagai simpanan peribadi

TokNabe Jawab :

--> Arsaili : Memang banyak ler sibuk tu. Sapa tak nak benda2 free ni kan?

--> Happyirfa : Ada benda yang boleh dikongsi bersama tu ambo kongsilah, lagi pun bendanya free je. Kalu nak simpan download sajalah dan buat dvd movie. Hah tu free lagi....

Sekarang memang banyak benda2 yang menghiburkan kita yang boleh kita cari dalam internet. Cuma dengan sedikit masa mengadap pc dan keyword yang sesuai semuanya menjadi hak kepada kita. Cuma mencari tu biar berpada2 jangan terbabas mencari benda2 yang melampau dan melanggar tatasusila kita sebagai muslim. Di internet cuma jejari dan minda kita yang berkuasa yang akan menentukan hala tuju monitor komputer kita.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More