27 December 2007

Perjalanan Balik

Lama jugak ambo meninggalkan blog ni. Mujur juga blog belum bersawang lagi, maklum le lama sangat ambo tidak menjengok blog sendiri apatah lagi bog kekawan. Banyak juga mesej yang ada kat cbox, lepas ni kenalah ambo menjawab kesemua sekali tu. Lama ambo balik kampung, bukan apa sesekali balik biarlah puas sikit. Pada asalnya serba salah juga ambo nak memulakan perjalanan baik kampung, takut2 masih ada lagi jalan2 yang tidak boleh dilalui. Sebelum bertolak sempat jugalah ambo menelefon kekawan yang berada di Pahang dan Terengganu menanyakan situasi banjir. Kata mereka 'line clear' dan jalan2 dah boleh dilalui. Terus ambo bertolak pada hari tu. Perjalanan merentasi daerah2 di Johor alhamdunillah ok tiada masalah, cuma bila masuk ke daerah2 di negeri Pahang mula menampakkan kesan2 banjir terutama di daerah Rompin. Jalan yang menghubungkan Segamat di Johor dan Kuantan di Pahang banyak menunjukkan tempat2 di naiki air dan ada satu tempat jalan terputus akibat jambatan dihanyutkan air. Mujur jugak jambatan sementara sudah dibuat dan laluan di situ hanya dibuka sehala sahaja menyebabkan lalulintas sesak di situ. Alhamdunillah setelah seharian( lebih 12 jam sebenarnya) ambo selamat sampai di Kelantan lebih kurang pukul 2.00 pagi!!. Kalau keadaan biasa kalau bertolak pukul 8 pagi lebih kurang pukul 6 atau 7 ptg dah sampai.

Inilah gambar tempat jambatan hanyut tu...... tapi ni dah ada balik, diganti jambatan sementara. Tengok keadaannya bukan jadi sementara la ni lagi mungkin makan masa lama sikit nak buat baru. Lokasi ni kalau tak silap selepas bandar Muazam Shah laluan ke Kuantan.

2 komen:

Teringat banjir kat Johor awal tahun 2007 dulu, dari Bandar Tenggara nak ke Kluang terputus hubungan di Ulu Penggeli, habis putus jambatan kat situ.. sekarang ni buat jambatan sementara nama dia Jambatan Baley (betul ke ejeaan ni).. tapi dah jadi jambatan kekal jer. .dah setahun tak tukar tukar)..

eh semalam tgk entry ni tak de..silap date tu kan?

mujur sampai jugak ke kg tu tok...kalau banjir terus hari tu mmg dok johor je lah cuti kali ni..

terkilan jugak sbb tak dpt jumpa toknabe hari tu..berselisih jalan kita nampaknya...

tp tok ni mesti bawak kereta berdesup jugak..kol 3 kat kuantan , kol 8 dah online kat rumah...pasang sayap ke kereta W tu bro?..hehehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More