10 December 2007

Laju Dan Speed Trap

Masa2 cuti macam cuti sekolah, cuti raya dan apa2 cuti pun orang ramai amik peluang untuk balik kampung. Satu cara popular balik kampung ialah dengan cara guna jalan raya. Maksudnya guna kereta ler. Satu je bila guna jalan raya ni orang nak ngelak kena speed trap, ni ler manusia... pandu laju memang suka tapi bila kena saman tak sanggup tu nak bayar pulak. Satu cara nak ngelak speed trap ni ialah ...... ikut je peraturan jalan raya yang telah ditetapkan tak gitu.

Ni ambo nak cerita pasal speed trap yang ambo ada baca dan jumpa dalam artikel2 di internet dan juga dalam forum2 internet. Sedikit cerita pasal speed trap yang biasa di jalan2 raya. Speed trap yg dipakai oleh polis yang menyorok kemungkinan besar adalah jenis Laser ataupun Lidar. Jangan tanya ambo macam mana tu jenis Laser atau Lidar tu. Ambo sendiri pun tak tau. Tapi lebih kurang gambar yang ambo letak le tu. Laser dan lidar memang tidak dapat dikesan oleh radar detector. Radar detector tu apa pulak, hehehehe..sekali lagi ambo angkat tangan, ambo terangkan kemudian. Satu lagi alat yang biasa orang guna terutama pemandu dari seberang ialah laser detector ataupun laser jammer. Mungkin sebab nilah pemandu2 seberang berdesut je bawa kereta ikut lebuhraya kita ni. Mungkin mereka dapat mengesan kedudukan speed trap ni. Oleh sebab tulah kalau tengok kereta orang seberang bawa perlahan, try ikutlah kereta tu pelan2, mungkin ada perangkap yang menunggu tu. Nak tau mcm mana Laser Jammer tu berfungsi sila tengok video laser jammer ni.


Laser Jammer ambo raso kompom barang illegal kat negara kita dan memang tak de dalam pasaran, mungkin nak dapatkan kena le order dari luar negara. Jadi tak usah ler nak pasang2 benda ni. Bawa kete tu ikut ler peraturan jalan raya yang ada, kompom tak kena saman.

Untuk menjadikan kereta kita ni invisable kepada speed trap ni ada caranya juga. Ni
bukan ambo mengajar tapi cuma untuk pengetahuan saja. Ada 2 benda perlu didapati oleh pemilik kereta, yang pertama ialah laser detector dan yang kedua ialah Plate Number Stealth Coating. Ada banyak pengilang yang buat spray stealth ni.Guna benda ni ialah dengan spray atau sapu kat nombor plate. Harga unit2 ni ialah dalam USD99, klau dalam ringgit convert sendiri ler. Tapi sekali dengan shipping adalah dalam arga USD 150.00.Kalau dalam RM tu x 3 lebih kurang. Benda ni pun kompom illegalnya dalam Malaysia ni. Apa gunanya kedua benda alah ni. Ceritanya gini, sifat laser gun ni masa dia targetkan kat kereta tu dia pancarkan laser atas dan bawah dan pancaran itu akan dipantul balik ke laser gun dari kenderaan yg ditarget tu. jadi bila laser gun tu tembak atas dan bawah untuk target windshield tak pun plate atau kedua-duanya. Jadi fungsi Laser Detector untuk cover windshield dan Plate Stealth Spray tu utk cover plate dari memantulkan balik pancaran laser tu. melalui pantulan laser balik tu ler yang memberi bacaan kelajuan sesuatu kenderaan. Berkesan ke tak ambo tak tau ler, ambo sendiri pun tak penah pakai. Cuma melalui bacaan di internet dan video ni saja. Kalau nak tengok lagi try gi cari2 di youtube. Ni salah satu video bagaimana sebuah kereta menjadikan kelajuannya invisable kepada laser gun polis.






Banyak lagi artikel2 mengenai speed trap ni di internet, try2 gunakan PakCik Google atau Tok Yahoo tu. Kedua orang tua ni banyak pengetahuannya.

15 komen:

slmt pagi encik..mintak lesen dgn ic....ekekeke...

wah tok..ni dah ngajor org langgar undang2 nih..bahaya ni..kalau yg tok betul2 tu tangkap, jadik kes jugak nih..hehehe

gamaknya demo kelik kg tu dah ready dgn semua ni ke?..

pssst..kat mana nak beli benda tu? demo ada kan?..

salam..sahring is caring..ahaks...share info yer...yg baik jadi tauladan, yg melanggar undang2 jadi sempadan kan tok

TokNabe Jawab :

-->UncleJ : Bukan ngajar langgar undang, tapi sebagai info untuk pengetahuan bersama je. Nak beli benda tu... hehehehhe ...tak de, tak de uncleJ pegi Jepun je. Tapi kalau pegi kirim satu :D

TokNabe Jawab :

-->Arsaili : Betul tu sharing is caring, mengingatkan kekawan tapi bukan mengajar orang melanggar peraturan. Melanggar peraturan tu tetap salah kan.Sebagai info bersama.

ˈspeed trap' juga dipanggi

Arabic: مصْيَدَة السُّرْعَه
Chinese (Simplified): 汽车超速监视器
Chinese (Traditional): 汽車超速監視器
Czech: radarová past
Danish: apparat, der måler hastigheden
Estonian: kiirusemõõtja
French: radar de police
Greek: συσκευή ελέγχου ταχύτητας
Hungarian: sebességellenőrző berendezés
Indonesian: rintangan jalan untuk menangkap pengebut
Italian: (Autovelox)
Latvian: radarierīce ātruma noteikšanai
Lithuanian: greičio matuoklis
Norwegian: radarkontroll
Polish: !!not a device, it is a place!!miejsce kontroli radarowej
Portuguese (Brazil): lombada
Russian: радар для контроля скорости
Slovak: radar na meranie rýchlosti
Slovenian: radar
Spanish: control de velocidad
Swedish: hastighets-, fartkontroll
Turkish: polis tuzağı

Salam TokNabe...
Gegegegege... sharing tu sharing gak takut nanti kena soal-siasat, TokNabe... hati-hati ya. Sihat ke hari ni? Turun KL bulan empat nanti orait? OD akan confirm la sama ada OD jadi turun ke tidak. Leh TokNabe jumpa Budin sekali... huhu.

Cikgu bui tution free sempena cuti sekolah ke? Bagus juga ada kelas dewasa ni.Maklum masa semakin singkat semua nak cepat tapi masih boleh berjimat!

TokNabe Jawab :

--> Aku : try cari speed trap dalam bahasa jawa, dan siam. Boleh le post sini. :D

--> OD : Turun KL nanti, hehe insyaAllah ada kesempatan tu boleh le ngeteh sama. Ni sekadar info macam Majalah 3 tu je.

--> Rio : Memang tuisyen free je ni,... banyak cara nak berjimat ni... catu cara tak payah pakai kereta.

Thanks bagi info ni..

Saya tak kaji sgt equipment speed trap dia orang ni, cuma saya agak-agak mungkin dia orang guna teknologi ultrasonic kot.. laser pun ada kebarangkaliannya.. sebab pancaran laser tu boleh detect distance kereta kita dgn kaedah diffuse reflection..

Bagus perkongsian tok ini. Yang berminat bolehlah cuba. He he he.

Saya masih ada 3 saman speed trap tertunggak sejak tahun 2001 punya! Tak tahulah bila nak pergi bayar. Tak bertanggungjawap sungguh saya ini.

ToNabe Jawab :

--> Kasawari : Tak tau ler ambo kaedah2 ni, ambo pun tau dari membaca je. Benda2 cam ni tak de dlm market kita ni agaknya.

--> BP@JP : Apa kata JP cuba dulu..hehehehe. saman...hehehe pegi bayar...pegi bayar, mana tau ujung tahun kerajaan boleh kasi bonus kat kakitangan awam dengan menggunakan bayaran saman tua2 dan puan2.

psstt...psttt...mana bleh dpt stok ni bro? taruk kat bengkel, ngam nihhh...ehheheh...sediakan servis utk org ramai...hehheheh..x gitu bro?

jom main kat litar sepang meh!

TokNabe Jawab :

--> Azlan Lin : cari member kat Jepun... ordr dari sana @ gi kat lelong.com @ ebay.com. Cari2.

TokNabe Jawab :

--> meh ...dah tunggu ni tak sampai2 lagi ke.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More