07 December 2007

Hujan Turun Lagi

Sudah 2 hari hujan turun, walaupun renyai-renyai tapi kelibatnya lama. Suasana dingin dan mendung, memang sedap kalau menarik selimut walaupun di siang hari. Di sebelah sini orang bercakap-cakap pasal banjir takut-takut jadi lagi seperti tahun lepas banyak tempat di Johor tenggelam, harta benda banyak rosak binasa. Ada yang kata tahun ni Johor akan banjir lebih besar berbanding tahun lepas, itu orang cakap tapi semuanya kuasa Allah. Semalam terdengar di berita Laluan Segamat ke Muazam Shah di Pahang tak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan kerana jambatan berhampiran Felda Selancar di tenggelami air. Itu laluan aku nak balik kampung. Kalau sampai masa aku balik belum boleh dilalui nampaknya aku kena cari jalan alternatif lain le sama ada ikut Mersing atau melalui KL ikut LPT atau kalau nak berjalan jauh ikut PLUS sampai Kuala Kangsar dan terus ke Kelantan melaui Lebuhraya Timur Barat. Jalan alternatif banyak tapi cuma sedia modal lebih je. Satu lagi jalan yang boleh di ialah melalui Simpang Pulai atau Tapah di Perak melalui Cameron Highland dan terus ke Gua Musang. Semua jalan-jalan ni pernah aku lalui untuk balik ke Kelantan, tapi melalui jalan Cameron Highland - Gua Musang amat menyeronokkan sekali.Terasa suatu perjalanan merentasi banjaran, ye.....memang jalan itu merentasi banjaran Titiwangsa yang mana terdapatnya Tanah Tinggi Loging. Udaranya masih sejuk lagi, nyaman dan tidak banyak kenderaan melaluinya.

Hujan....hujan...hujan itu rahmat. Tiada hujan maka tiadalah kehidupan, tapi ramai yang mengeluh. Yang menoreh dah tak boleh menoreh, yang nelayan takut ke laut disebabkan ombak besar. Tersekatlah rezeki mereka. Tapi para pesawah memang menunggu musim tengkujuh ni. Pada masa inilah petak2 sawah mereka dipenuhi air. Pada masa inilah mereka boleh 'ce'dung' satu istilah Kelantan merujuk kepada satu cara menanam padi. Dah jarang orang menanam padi cara 'ce'dung ni, kebanyakkan dah secara taburan. Ambo sendiri sempat buat 'ce'dung' ini ketika dulu2 menolong orang tua sewaktu cuti macam ni. Orang ber'ce'dung' menggunakan kuku kambing tapi bagi ambolah..dua jari sendiri itulah yang menjadi kuku kambing. Itulah pengalaman orang kampung, pesawah, petani....macam ambo ni. Walaupun keadaan sekarang dah berubah namun kesenangan dikecapi sekarang tak melupakan ambo kepada asal usul ambo ni.


.....hujan turun lagi, hujan turun lagi.

7 komen:

bro..molek doh tu takleh lalu segamat..bulih lalu KL..bulih singgah rumah kawe sekali tu...bila nak kelik nih? bui tau kawe bilo nok kelik tu..

mmg hujan tu rahmat..byk faedah hujan ni yg selalu kita "take for granted"..kalau kita dok afrika dan arab yg tak de hujan tu mcm mana? kan bagus hujan kat sini...

tp kalau di area KL ni, hujan sikit je jalan dah jem teruk...itu pun satu rahmat yg dinikmati oleh org KL je..tpt lain mana ada jem mcm tu kan? gitulah adanya...

ps: kawe potong riben komen template baru ni ke? meh gunting tu..hehehe

TokNabe Jawab :

--> UncleJ :Hehehe....ada 2 ari lagi masa nak kelik ni, mungkin masa tu air dah tak de lagi. Tapi kalau terpaksa mmg ambo kelik ikut kl...tak po sampai bangi kawe callnye.

Entri pertama ambo di rumah baru dan uncleJ potong riben untuk komen PERTAMA di rumoh baru ambo ni.:D

pandai betul uncle j mengumpan tok :p

Kg saya di Baling, hulu Baling banyak dipengaruhi dialek Kelantan. Penduduk di sempadan Baling/Sik memang menggunakan ce'dung..saya pernah dengar. Kedua ibubapa saya bukan berasal dari Baling, mak orang Nibong Tebal ayah orang Gurun, jadi percakapan harian kami tidak mengikut jiran², dia panggil cakap hiliaq ( hilir) dan kalau berdialek kelantan+siam dia panggil cakap hulu.

Keluarga saya cakap hiliaq tetapi sudah bercampur cakap hulu sekarang krn terlalu lama menetap di situ.

erk..sy tak pasti tok faham ke dak..he he he...

tok, area kb, bachok angin kuat la ni. hujan sikit2 je.dulu2, ambo pun beso tengok ore ce'dung tapi tak pernah ce'dung.

TokNabe Jawab:

-->Jie : Faham2....banyak juga istilah sama antara kedah dan kelantan cuma cara sebut tu lain sikit.

-->Cikgu Panji : Bila tiba musim cedung..mmg tangan abis ite sbb selalu celup dlm selut tu.

Aduhai UncleJ kecek Kelate atas tu.. gelak ambo membacenye.. he he..

Memang pun skrg musim Hujan.. kita yang tidak kena bah, haru s bersyukur kan Tok.. perlu beri bantuan yang orang dibawah tu..

Salam tok,

Bila hujung tahun memang, negeri pantai timur terutamanya, termasuk juga belah-belah Johor akan banjir. Risau dan kasihan juga. Tapi nak buat macamana, kan?

Mujur di kampung saya, tempat agak tinggi, alhamdulillah. Kalau banjir pun paras buku lali saja. :)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More