02 December 2007

Dust Is My Bed

TokNabe nak tunjukkan satu video klip, tapi kali ni bukan lagi lagu dikir barat tapi satu video klip lagu arab. Amat bagus sekali untuk tontonan dan ambil pengajaran daripada video klip ni. Apa yang dia nak ceritakan dalam Dust Is My Bed......tengoklah sendiri.



video

TokNabe teringat satu petikan dari internet yang TokNabe terjumpa ketika jalan2 di alam siber :

"Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal soleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Orang yang akan selamat di alam akhirat adalah yang selamat di alam kubur. Orang yang selamat di alam kubur adalah orang yang selamat ketika di akhir hidupnya. Akhir hidup yang baik sukar didapati jika kita sehari-harinya tidak taat kepada Allah dan RasulNya".

.....Renung-renungkanlah saudaraku, sahabatku, kawan-kawanku dan rakan taulanku.

9 komen:

Ya akhi,Ahlan wa sahlan ya marhaban!Sebuah video clip menyentuh nurani dan mengetuk rasanubari.Semuga kita tidak alpa tatkala ria bercanda,Terima kasih diatas peringatan.JazalALlah khairan khasiraa..

Salam Tok..

Dust is my bed, embrasing me
The sands are around me


....hilang kata² saya Tok.

qullul nafsin zaaiqatul mauut...

salam tok ..good reminder..mati itu pasti

agree.. bumi pon dah tua.. umur kita pon dah makin meningkat panjang..

Salam Tok Nabe


Mati itu pasti ....

a very good video bro.. a reminder to all of us..we are going to same place , after all.....

demo dapat mana ni ?

Tok Nabe,"Dust is my bed" kalau di terjemah maksud nya Selimut Debu.Kalau kita di Nusantara seperti lagu nasyid dari kumpulan El Suraya Selimut Putih.Mesej tetap sama hargai waktu hidup santuni ia tika mati.Salam kasihsayang...

TokNabe Jawab kat semua:

Sama2 kita ingat asal kita, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Hargai semua kesenangan sekarang ni untuk melakukan kebaikan. Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
1. Muda sebelum datangnya tua.
2. Kaya sebelum datangnya miskin.
3. Sihat sebelum datangnya sakit.
4. Lapang sebelum datangnya sempit.
5. HIDUP SEBELUM DATANNYA MATI.

Semoga kita semua menjadi orang yang selamat diakhir hidup kita.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More