12 November 2007

Hari Ini

Tadi semasa membawa sikecil mendapatkan rawatan di sebuah klinik dan sedang menunggu giliran, mata terpandang sepasang warga emas pada hemat aku adalah sepasang suami isteri dalam lingkungan 60 atau 70an. Keduanya keluar dari bilik rawatan dengan si isteri memapah si suami untuk duduk di kerusi sambil menunggu ubat diberi. Kelihatan kedua kaki si suami berbalut dan membengkak serta berdarah. Amat sukar rasanya untuk si suami berjalan sendiri. Apabila ubat diambil dan bayaran dijelaskan, si isteri sekali lagi memapah si suami keluar dari klinik . Sangkaan aku menuju ke kereta tapi tidak..keduanya menuju ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan berhampiran klinik. Emmm….boleh juga nenek ni membawa motor kata aku. Sekali lagi aku silap….rupanya si suami yang membawa motor. Hati aku tersentuh juga, macam mana agaknya atuk ni nak bawa motor sedangkan kedua kakinya sakit. Banyak mata juga dari klinik memandang dan mungkin berfikiran seperti aku.Tergerak juga aku untuk menolongnya. Si suami dengan susah payah menghidupkan motor. Alhamdunillah, sekali tekan saja motor terus hidup dan dengan membonceng isterinya dia berlalu meninggalkan klinik. Setelah mereka beredar aku terfikir, di mana anak/anak2nya. Masihkah mereka mempunyai anak yang tinggal bersama mereka, jika ada kenapa tidak mereka sahaja menghantar ayah mereka ke klinik. Mungkin juga anak2 mereka dah tiada bersama mereka, siapa tau. Hidup bila semakin lama, kudrat semakin kurang, mata semakin kabur, pada anak2 tempat mereka untuk bergantung. Jika tidak pada darah daging sendiri siapa lagi.

9 komen:

Hati kecil ini selalu juga berkata2, dan marah2 dengan anak yg membiarkan org tua nya sebegitu...dan sudah pasti kita seringkali menyalahkan si anak. Jika kita halusi, kekadang dua2 pihak bersalah..siapa tahu mungkin masa mudanya mereka tidak pernah menjalankan tjwb sebagai ibu bapa, tidak memberi kasih syg dan perhatian sewajar. Maka lahirla anak yg tidak punyai perasaan belas...anak yg tak kenal kasih syg..rasanya untuk menjadikan dunia ini lebih berperikemanusiaan, kedua2 pihak haruslah memain peranan, ibubapa yg seharus mulakan dulu..agar anak akan menjadi insan yg penuh perihatin dan mempunyai perasaan belas dlm dirinya...just my 2cent

Erm..memang tersentuh jiwa raga bila baca..Memang tak sepatutnya anak2 mereka (jika ada) berbuat demikian..Agaknya bagaimana pula ketika kita tua kelak, adakah kita akan diperlakukan sedemikian rupa jua? Mintak2 dijauhkan dari perkara tersebut..Moral of the story is hargailah kedua orang tua kita sementara mereka masih ada, siapalah kita tanpa mereka..

tengok kedua orang tua tu teringat mak bapak kat kampung, mungkin begitu keadaannya jika tiada adik beradik lain yang tingal bersama mereka.

Saya setuju dengan arsaili, peranan kedua-dua pihak penting. Ini khususnya didikan semasa kecil. Kitalah yang mencorakkannya.

Simpati kepada kedua warga tua itu. Begitulah yang selalu kita dengar, lihat dan baca. Emak yang tersisih, bapa yang terbiar, macam-macam dah kita dengar..

Komen arsaili itu mungkin ada kebenarannya. Tapi bagi saya, ilmu agama dan kesedaran sebagai seorang anak kena ada. Kalau kuat iman, selalu ingat Tuhan, ibubapa tak akan dipinggirkan begitu sahaja.

sebab tu saya nak tinggal di bandar besar bila dah tua. dkt sikit ngan anak2.

Salam Tok Nabe...
OD setuju dengan Tok Nabe, ngan Arsaili, ngan jowopinter ngan sitilina...
Orang selalu kata dunia ni bulat. What goes round comes round. Termasuklah cerita ni. Tak kisahlah tapi sebagai anak sepatutnya ada kasih sayang terhadap ibu bapa, walaupun secebis. OD tak dapat bayangkan anak-anak yang tak sayang langsung dengan ibu bapa.

Tapi tgk keadaan tu, kita cuba berfikiran positif. Mungkin keluar kata2 ni dari ibubapa : "takyah le bagitahu anak2, ni cuma sakit sikit je. Kalau mereka tau, menyusahkan mereka pulak pergi balik". "Ala abg boleh bawak motor lagi gi klinik ni, tak yah suruh si polan tu hantar, dia pun banyak keje".

Kesimpulan : mungkin anak2 tak tau kesusahan ayah ibu mereka kerana tidak diberitahu. Mata yang memandang dan telinga yang mendengar perkara begitu biasanya memberi reaksi negatif. Kalau ada pun - dulu baru +, macam tok ni.

kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku tok..mungkin kedua pasangan ni tidak ada anak...kadang kadang kedua ibu bapa kita memang tidak suka tinggal dengan kita tok mereka lebih suka tinggal sendiri di rumah sendiri tok.Sama keadaannya dengan kedua orang tua saya tok.Keduanya tinggal sendirian cuma bagai anak kita tetap jengah mereka.Kasih sayang dan kepedulian tetap untuk mereka tok walau kita rancak berblog..tadi saya lena di sisi bonda yg sedang sakit..sayu hati tok di saat itu lena di sisi bonda..mengimbau kenangan semasa kecil dulu ...uuuwwaaa..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More