16 October 2007

Halaman Ini

Sudah lama rasanya aku tidak menjengah halaman ini. Kali terakhir aku disini bulan Mei yang lalu. Memang niat aku sejak aku menjadi perantau malah dah jadi 'pemastautin tetap' di Johor untuk balik ke kampung halaman aku sekerap mungkin. Ini kerana aku masih mempunyai kedua ibu bapa, adik beradik dan juga halaman ini yang hendak dijenguk. Aku juga berasakan ibu bapa aku juga mengharapkan kepulangan aku sekerap mungkin. Mungkin itulah kasih ibu. Boleh tengok jugak berseri muka diorang bila melihat anak2nya balik. Kisah Cerita Satu Hari Di Hari Raya - II dalam blog Jowo Pinter menyentuh juga jiwa aku. Kerana aku tak mau kedua ibu bapa aku juga menunggu kepulangan anak2nya seperti Wak Nah. Sebenarnya aku anak yang sulung, dan setiap kali cuti memang hati aku teringin hendak balik ke kampung, walaupun kurang bicara tapi tak kisahlah asalkan dekat dimata. Kalau seketika pun tak apa sekadar menjenguk khabar diaorang. Raya kali ini mmg semua adik beradik aku berkesempatan balik dan berkumpul di rumah mak, cuma aku je yang terlewat sedikit. Jadi meriah le sikit. Adik beradik aku tak le ramai cuma sembilan orang saja (sahaja?). Raya pertama aku terlepas bersua dengan saudara mara belah mak aku, biasanya mereka datang berkumpul rumah mak aku sbb mungkin mak aku ni bongsu dan dulu sebelum nenek meninggal nenek tinggal di rumah kami, jadi amalan ziarah tu berkekalan hingga ke ari ini. Tak apalah kalau dah tak sempat, hari raya ketiga aku keluar mencari2 kedai tayar, mujur juga ada sebuah kedai yang bukak. Wow...nampak gayanya kereta mengalahkan tuannya untuk beraya, kalau tuan dapta baju raya baru, kereta pula dapat tayar baru...tapi kira oklah tapi lebih ok kalau dapat kereta BARU!!!!!
........hidup biar berbakti.

1 komen:

Salam tok,

Banyak lagi kisah-kisah ibubapa yang terabai seperti kisah Wak Nah itu. Semoga kita tidak menjadi seperti anak-anak Wak Nah atau seperti Wak Nah.

Ibubapa bukannya apa. Kalau dapat jengok sekejap ataupun selalu-selalu bertanya khabar pun mereka dah senang hati. Bukan susahpun. Sekarang jalanraya dah elok, telekomunikasi pun dah canggih.

:)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More