06 October 2007

Ore Kelik Rayo..

Mungkin start hari ni sampai hari Jumaat, orang ramai akan berpusu-pusu balik kampung. Tak kiralah balik pakai apa, ada yang guna kenderaan sendiri, bas kereta api malah kapal terbang (now everyone can fly). Pengguna kenderaan sendiri akan menggunakan jalan-jalan raya dan lebuh raya dan ini akan menyebabkan kesesakan luar biasa pada jalan-jalanraya tersebut. Tengok statitik hari pertama Opp Sikap kali ni agak mendebarkan dengan rekod 20 kematian akibat kemalangan dan diikuti dengan 14 pula pada hari kedua. Ngeri aku dengarkan cerita-cerita pasal kemalangan ni. Nasihat kawan, apabila memandu berhati-hatilah dan sentiasa bertimbang rasa, jika ada kedua tu pada setiap pemandu, insyaAllah kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan. Jangan pula tahun ini kita termasuk dalam stastik yang dikeluarkan oleh polis. Nauzubillah......jadi berhati-hatilah sentiasa. Selamat pulang ke kampung halaman.

Sekadar gambar hiasan sahaja. Tak ada kena mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Hahaha.....cerita aku pulok, aku tak jadi kelik rayo ikut planning yang aku buat, mungkin balik pada hari raya kedua atau pun tak balik terus. Tu hok sedihnyo.....nok buat guano, kita hanya mampu merancang sahaja...yang lain terserah padaNya.

3 komen:

Walau di mana jua, raya tetap disambut...kan? Tak gitu tok?

Uk aloh la,bakpo tak jadi kelik pulak?

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More