03 October 2007

Habis Bertapa

Sudah abis masa bertapa dan projek khas sudah dihantar untuk penilaian. Bukan berharap apa2 tapi seboleh2nya biarlah penilaiannya berbaloi dengan masa dan kerja yang diperuntukkan untuk menyiapkan projek khas tu. Hati baru nak senang, ada pula beberapa kerja yang perlu dibereskan untuk diserahkan pada Isnin nanti. Perlukah aku bertapa lagi? Rasanya tak perlulah…………mungkin sambil2 tu aku boleh juga menyiapkan kerja2 lain seperti “memblog” ni. Tapi masalah satu je bila kat IPPM ni, talian internetnya memang la banyak kerenahnya, asyik offline saja. Dan kalau adapun laman2 blog ni memang kena block dengan KPM (blog kena block) ish…ntah apa2, memang susah nak mengemaskini entri. Bukan untuk mengkomplen tapi rasanya bukan semua blogger ini menggunakan blog untuk sesuatu yang negatif (kritik kerajaan ke). Ramai blogger rasanya Cuma mahukan satu tempat untuk mencurahkan apa yang diorang nak cakap, nak beritahu, nak berkongsi pengalaman atau cerita dengan orang lain. Jika ini pun tidak dibenarkan tak taulah apa yang sepatutnya hendak dibenarkan. Mungkin kerana hendak menyekat sebilangan kecik laman blog diakses maka terpaksa pula mengorbankan sebilangan besar laman2 blog yang berilmiah yang amat berguna untuk pengunjung. Itulah realitinya…. talian schoolnet untuk warga pendidikan.

Paparan mesra pengguna bagi aku


……bukan kritik tapi komen.

1 komen:

Salam tok,

Kadang-kadang pelik juga ya. Dalam masa mewar-warkan pembudayaan teknologi ICT terkini dan internet, tapi dalam satu segi lain disekat-sekat pula ya.

Hmmmm......

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More