25 October 2007

Dokong

Dokong merupakan sejenis buah yang satu keluarga dengan langsat dan duku. Kedudukannya adalah di atas sekali berbanding duku dan langsat. Isinya manis dan berbiji kecil. Dokong dipercayai berasal dari kawasan Sipol, selatan Thailand. Nama Dokong berasal dari perkataan "dukung" kerana petani yang mempersembahkan kepada raja Thai terpaksa "mendukung" buah tersebut. Hanya terdapat sejenis dokong sahaja yang ditanam di Kelantan. Walaupun ramai pembeli atau peminat dokong mencari-cari dokong yang bermuncung tetapi, baik yang bermuncung atau bulat adalah sama. Buah yang bermuncung disebabkan terlalu lebat dalam satu tangkai.Walaupun dokong tulin hanya satu tetapi terdapat beberapa jenis dari keluarga langsat yang mempunyai ciri-ciri dokong seperti dokong air dan dokong kelembem. Bagi mereka yang baru mengenali dokong keadaan ini sering terkeliru. Dokong asli mempunyai rasa yang manis apabila cukup masak, isi yang pejal dan berbau harum.

Buah2 lebat bergantungan tapi kebanyakkannya dah luruh sebab lambat dipetik. Kata ayah buah dokongnya pernah memenangi hadiah bagi tangkai buah terlebat dan buah terbaik anjuran Jabatan Pertanian Kelantan di peringkat jajahan dan negeri.



Sebenarnya masa balik raya hari tu sempat juga aku pergi ke kebun TokNabe Senior (ayah aku le tu) pada hari terakhir sebelum aku berangkat balik ke Johor . Tujuannya untuk memetik buah2 dokong yang disimpan oleh ayah aku untuk anak2nya. Memang musim buah dokong dah di perhujung dan dah hampir kesemua buah sudah dipetik untuk dijual tapi ayah ada menyimpan ‘stok’ beberapa pokok yang khas untuk anak2 sebagai bekalan untuk dibawa balik. Kata ayah ada 3 pokok yang ditinggalkan dan pada asalnya memang lebat tapi nak tunggu anak2nya balik beraya buahnya banyak yang gugur. Tapi tak apalah ada juga yang tinggal dan memang rasanya tak habis nak makan. Dalam kebun ayah ada lebih kurang 500 pokok dokong yang kebanyakkannya berbuah dan sudah dijual disamping beberapa baris pokok salak dan juga pokok durian siam. Kebun ini sebenarnya dikerjakan oleh ayah aku sendiri dengan dibantu oleh adik lelaki aku. Tahun ni ayah aku bagitau hasilnya tak beberapa banyak tapi sempat juga ayah menjualnya sebanyak 7 tan. Banyak juga yang gugur sebab ayah tak nak jual apabila harga pasaran amat rendah pada masa tu. Pada awal musim harga pasaran dikebun mencecah RM2.50 sekilogram dan mungkin jika dipasaran mencecah RM3.50 hingga RM4.00. Itu pada awal musim tapi bila dah dipertengahan dan dengan kebanjiran buah2 dari Thailand harga dikebun boleh jatuh sampai RM0.80 sekilogram. Itu yang ayah aku tak nak jual, katanya biar je gugur buat baja pokok2. Tapi bila nak akhir2 musim ketika buah di pasaran kurang, harganya naik balik tapi pada masa ni buahnya dah kurang la. Lama rasanya tak memanjat pokok ni tapi ari ni aku gunakan balik skill masa dulu2 memanjat pokok…….panjat sambil snap gambar pulak tu…skilnya kena tinggi ni heheheh….tapi yang paling lama memanjat pokok dan memetik tu mesti le ayah aku….aku kejap je, tak tahan dengan kerengga dan semut yang masuk dalam baju, gigit sana gigit sini. Last2 aku dok bawah tunggu kumpul buah je. Dalam 3 pokok tu dapat la juga 3@4 kotak buat bekalan aku dan adik2 bawa balik ke rumah masing2 nanti. Tengok buahnya yang bergumpal2 kat tangkai memang mengeramkan, sayang nak makan. Tapi dah nama buah…makan je la.


TokNabe Senior. Masa ini aku masih kat atas pokok bersama-sama memetik buah. Lepas tu dah tak tahan dengan serangan kerengga dan semut.


Hasil daripada 1/3 pokok, walaupun banyak yang gugur tapi banyak juga yang dapat dari sebatang pokok.


6 komen:

wah besnya buah dokong...tak suka sgt species ni..baik dokong, langsat mau pun rambai..makan tu makan tapi tak fanatic. yg paling suka buah rambutan...kat sini makan buah rambutan dlm tin made in thailand jer..uhuhu

tok.. combi suker sgt buah tu..kalo ade kkwn yg balik time musim buah dorang bawa ke sini..rase dia lebih best dr langsat n rambai tau arsaili..

~ pos la kt combi..

~ gne kurier cpt sket smpi :D

~ bole?? hehehh..

Kalau di KL ini teringin makan dokong, cari saja di pasar malam, insyaAllah adalah... :D

Di rumah orang tua saya di kampung pulak, ada 1-2 pokok duku. Bila musim buah, agak lebat juga buahnya... sampai tak termakan. Jadi habuan kera... :D

Salam ziarah blog...dari kak SitiLina (yang baru sahaja dapat baby 'Hafiy'), gambar Hafiy berusia 15 hari dan 17 hari ada dipamerkan di dalam blog Chronicle, demi memenuhi permintaan Kak SitiLina...check it out!!!

Banyaknya buah dokong nih..Apsal kat dusun saya tuh sikit sangat..Ada petua? Kongsi skit tok nabe...Hehehe

re dean radzy : kata orang tua selain dibaja pokok hendak jugak selalu dibelai.hehehe...gurau je. Saya pun kurang periksa tapi menurut kata ayah saya, baja untuk buah sebolehnya letak selepas musim buah, lepas tu kalau musim kemarau kena siram selalu dan jangan biar semak samun meliar di sekitar pokok.Gitu le....

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More