04 October 2007

Ah.....Persiapan Raya

Aidilfitri dah hampir sangat, tinggal seminggu saja lagi. Ada orang suka Ramadhan yang mengundur diri, ada sebilangan orang yang sedih Ramadhan bergantikan Syawal. Sedih kerana bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan dalam ibadat dah berlabuh tirainya. Mungkin pada masa dahulu gegak gempitalah kampung2 ketika Ramadan tinggal seminggu lagi. Gegak gempita dengan bunyi2 mercun dan meriam buluh. Bedentum sana dan berdetum sini…..tapi kini semuanya gegak gempita tu hilang, kalau adapun sedikit saja itupun mercun yang terlepas dari tangan kastam saja.

Dalam sibuk bertapa minggu lepas tu, sempat juga aku keluar dari tempat pertapaan dan mencuri masa membawa anak-anak untuk membeli persiapan raya. Nak tunggu hari2 dekat raya rasanya takut makin ramai orang. Hari tu pun nasib baik pegi pagi sikit ke Summit Parade di Batu Pahat, kalau tak memang susahla nak cari parking. Oklah dah lepaslah persiapan ntuk anak-anak. Maknya pun dah cari persiapan sendiri. Bapanya hehehehe……...tak adalah buat persiapan lebih2 ,dah lepaslah masa tu. Berilah peluang untuk anak2 pulak. Tahun ni kemungkinan besar aku balik Kelantan, anak2 aku katanya nak beraya rumah Tok Mek dengan Tok Ayah dia
(bukan aku ‘racun’ diorang utk beraya di Kelantan hehehehe…).

Ini anak kedua aku, perempuan tapi agak lasak kerana abg dia lelaki. Kesian hari ni dia deman jadi kuranglah ligat sikit.

Orang sibuk mencari baju raya, kedua anak aku ni sibuk membelek permainan. Sorang minat kereta, sorang minat teddy bear.


4 komen:

shopin raye ko..mu dok tunjuk pic anok jer..moknye mane hehehh :P

beto ko ambo kecek kelate nih.ampun..larikkkkkkkkk

uikss.aunty kecek kelate ..betul ker tuh...ekekek..wah seronok budak2 beraya kan...ingat zaman kecik2..dah besar ni betul la kan...dh kurang...tapi kena gak di hidupkan gak perasaan nak raya tuh

layan..jangan tak layan....bila lagi nak melayan..kerana diri sendiri dah puas dilayan...hahhahahaha

waa...sonoknya bebudak neh beraya...tringat zaman dolu2...hehe

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More