14 September 2007

Pasar Ramadhan

Semalam sempat juga pergi ke Pasar Ramadan di Simpang Renggam. Memandangkan hari pertama puasa kononnya juadah berbuka hendak cari kat pasarlah. Tak payah sibuk2 nak masak itu ini. Kat pasar boleh tahan juga pengunjungnya......memang ramai, nak jalan pun susah. Kereta bersusun2 parking di tepi jalan. Ni silap2 ari bulan balik tangan kosong ni. Strateginya...biar org rumah jalan dulu cari juadah, aku cari parking. Pertama sekali yang dicari adalah gerai org kelantan kerana pastinya ada menjual nasi kerabu. Hehehehe....nampak gayanya merasa juga aku berbuka dengan nasi kerabu tu pun kalau ada lagi ler. Tapi tak apa nampaknya ada 3 buah gerai yang menjual nasi kerabu. Tak kan ketiga2 abis kot.

Keadaan Simpang Renggam Walk, kawasan diadakan Pasar Ramadan. Memang sesak teruk dengan orang.

Dimana aku? aku yang mengambil gambar ni jadi tiadalah aku dalam gambar ni. Suasana orang membeli belah di Pasar Ramadan di Simpang Renggam. Bagaimana agaknya suasana di tempat lain seperti di Kedah ke, Sabah ke atau di Australia barangkali.

Gerai ayam percik..tapi percik disini tak seistimewa percik di Kelantan. Mungkin kuah perciknya yang berbeza menyebabkan perbezaan rasa dan kesedapannya. Jadi tak singgah le...lagipun dah cukup dengan juadah yang dibeli. Nasi kerabu, nasi dagang, kuih dan air. Dah cukup le tu....

2 komen:

Lama sungguh tak menjejakkan kaki ke Simpang Renggam. Di si i, Taman Melawati, pun macam2 juadah ada. Rambang mata kalau nak pilih....Nafsu ...nafsu.... :D

uhuhu..kat australia nih..tarak apa..semua berbazaar ramadhan kat dapur umah jer...ekeke

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More