01 September 2007

Nasi Kerabu

Nasi kerabu….ni kira fovourite aku la. Nasinya warna biru, warnanya diambil dari sejenis bunga iaitu bunga Telang. Ada juga nasi kerabu warna putih dan kuning. Tu ikut suka tuan yang masaknya. Dinamakan kerabu kerana nasi tersebut disertakan dengan kerabu iaitu ulaman yang dihiris halus2. Kerabu ni tak kiralah ulam apa, ada yang gunakan daun tenggek burung, kobis, kacang panjang dan sebagainya. Pada aku la nasi kerabu ada dua jenis, pertama jenis bersambal tumis. Ini yang sedap sikit. Yang satu lagi sambalnya biasa dari kelapa goreng halus campur dengan ikan bakar. Sedap jugak. Budu merupakan bahan yang tidak tertinggal untuk dimasukkan bersama nasi kerabu. Tidak lengkap nasi kerabu tanpa budu. Nasi kerabu tu pulak kalau dimakan dengan daging atau ayam bakar dan dengan perahan asam limau, memang sedap beb. Aksesori lain dalam nasi kerabu ialah solok, telor masin, keropok goring, ikan atau ayam percik. Bulan Ramadan akan menjelang nanti…….jadi inilah santapan yang akan dicari.
Nasi kerabu biru

Bunga Telang yang digunakan dalam ketika memasak nasi untuk menjadikan nasi biru.
....................... Berkongsi maklumat.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More