21 September 2007

Kasih Ibu

Sebenarnya video ni dah ada dalam entri yang lepas. Dulu video ni aku uploadkan ke dalam Youtube kemudian aku buat link ke dalam blog aku. Tapi sekarang bila kita boleh memasukkan video terus ke dalam blog, jadi aku masukkan video ini sekali lagi untuk ditonton secara terus tanpa meninggalkan laman blog ini. Video ini aku buat kerana satu assignment multimedia di IPPM, dalam video ini aku menggunakan iklan Hari Raya Petronas tahun 1999, kalau tak silap aku. Kemudian aku olahkan sikit dengan menggunakan Sony Vegas dengan memasukkan muzik latar, teks serta latarbelakang untuk mewujudkan satu suasana yang baru.





Pada aku motif video aku ini adalah untuk menggambarkan betapa kasih ibu itu amat mendalam terhadap anaknya. Hingga sanggup berkorban harta dan juga kasih sayang dalam membesarkan anak-anaknya. Itu yang saya gambarkan kasih ibu hingga ke mati. Bagaimana pula dengan kasih anak........??????

2 komen:

emo gak tgk iklan nih...sedih aaa

ANAK : berbaktilah pada ibu bapa selagi mereka ada di alam fana ini. Kunjungan kita bukanlah mereka minta tetapi itulah kehendak dan impian mereka. Sempena hari lebaran ini ada baiknya kita sesama mengunjungi mereka.

Usah dilupakan jasa mereka yang tidak mengenal perit dan jerih dalam membesarkan kita sejak 2 jari tapak kaki kita hingga besar dan berumahtangga.

Jika ketiadaan ibubapa nanti barulah kita akan merasai "kehilangan" suasana itu. Ingatlah bahawa mereka dan kita bukanlah "menongkat langit". Gunakanlah kesempatan di hari lebaran nanti. Insyallah. Gembirakanlah mereka selagi nyawa dikandung badan!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More