07 September 2007

Anak Kelate

Sedar tak sedar dah 12 tahun aku menetap di Johor, rumah dan keluarga memang dah terbina disini. Bukan kerana tak nak balik Kelantan tapi kerana kerja dan memang kaki ni..memang dah kena ikat kat Johor ni. Bukanlah aku sorang saja mamat Kelantan kat sini ..memang ramai mamat dan minah Kelantan kat sini. Lebih2 lagi mereka yang bertugas di Penjara Simpang Renggam (yang dok dalam pun ada jugak) dan juga Kem Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam, cikgu2 Kelantan macam aku ni pun ramai juga dok area sini. Nak tau nanti masa bulan Ramadan di Pasar Ramadan, yang menjual nasi kerabu ada la dua tiga tempat...itu pun memang kalau lambat tak sempat le nak beli buat berbuka. Aku... kalau cuti panjang, seminggu ke atau lebih.....memang aku akan balik ke Kelantan menjengah orang tua menanya khabar mereka. Setakat ni memang aku tak penah lupa kewajipan aku sebagai anak untuk pulang dan melihat orang tua dan juga adik beradik aku yang lain.

Kata orang beruntung jadi anak Kelantan, apa yang beruntungnya........hanya orang Kelantan yang tahu, hingga ada satu lagu dikir barat oleh Cikgu Sulizi yang menyentuh pasal anak kelantan ni. Tu yang aku nak tunjukkan videonya.

....................... Sekadar lagu.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More