07 August 2007

Panorama Melaka

Melaka Sentral tempat segala jenis mak datuk bas ke mana2 destinasi & disinilah kami bermula menaiki bas Panorama Melaka ni. Dapat amik gambar dari bas je beb...

Sapa fikir dengan hanya bermodalkan RM 2.00 (dewasa), kita boleh melihat panorama Bandaraya Melaka dengan lebih dekat lagi. Semua ni kita boleh lakukan dengan menaiki bas Panorama Melaka. Dengan menaiki bas ini kita akan dibawa ke laluan2 yang mengandungi tempat2 menarik dan bersejarah. Itu nak cerita bab Bas Panorama, ......sebenarnya pagi ini, bersama dengan beberapa orang guru dan juga murid2 tahun 2 kami membuat lawatan (macam lawatanlah...) ke hampir pelusuk Banda Hilir. Dah ada kemudahan ni....apa lagi ambillah peluang dan sambil tu zap...zap...kamera sempat mengambil gambar beberapa tempat menarik sepanjang laluan bas ni. Tapi sayangnya...bas ini tidak berhenti kecuali di tempat2 khas untuk mengambil penumpang sahaja. So...panorama Melaka hanya boleh dilihat melalui cermin bas sahajalah.Tapi oklah....memang seronok juga, duduk2 sambil melihat2 keluar. Kalau nak try...cuba2lah datang ke Melaka ni, tapi ingat juga bas ini beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 10 mlm sahaja. Kalau nak jalan2 lepas pukul 1o mlm....bawa kereta sendiri.

Salah satu tempat menunggu bas Panorama Melaka berhampiran Kota A'farmosa. Nak tunggu bas ni, tunggulah ditempat yang ada signboard n.

Muzium Samudera sedang dibaikpulih. Sorila....gambar ni yang dapat amik buat masa ni, nak tunggu dia siap baikpulih tak tau bila.

Ada banyak lagi gambar2 yang lain yang diambil masa naik bas tu (semua gambar amik dari bas je..), nak nengok tunggulah, kalau ada masa upload mlm ni ke atau esok. Kalau lupa wasalam le...

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More