22 August 2007

Nyanyuk

Sedikit pengkongsian ilmu yang saya dapati dari pelayaran internet.

"Nyanyuk adalah satu keadaan di mana fungsi otak telah menurun sehingga menyebabkan daya ingatan seseorang akan merosot dengan teruk dan pesakit juga tidak dapat mengurus diri sendiri.”

Nyanyuk dan latah adalah penyakit yang tidak asing bagi masyarakat melayu, sejak dahulu lagi seperti yang telah dirakamkan olih Munshi Abdullah dalam bukunya yang terkenal itu. Ia biasanya hanya menimbulkan masalah kepada ahli keluarga apabila penyakit ini datang terlalu awal dari umur yang kebiasaan. Kalau pesakit mula mengidap nyanyuk ketika umurnya mencecah 80 tahun; itu biasa dan tidak menjadi masalah. Tetapi kalau pesakit baru berumur 60 tahun, sudah mengidap nyanyuk, maka ia sangat memberi tekanan kepada keluarga.

Simptom nyanyuk yang biasa kita lihat ialah:

1. Pesakit hilang daya ingatan/lupa.
2. Pola tidur pesakit berubah, biasanya kurang tidur siang dan sering berjaga malam.
3. Pesakit lupa dengan peristiwa yang baru berlaku ,tetapi mampu mengingat semula peristiwa silam .
Bagaimanapun setelah beberapa tahun berlalu, ingatan lampau itu juga turut hilang.
4. Pergerakan fizikal lemah dan tidak terkawal.Bagaimana pun ada kes 2 tertentu pesakit kelihatan lebih bertenaga dari orang sihat yang sebaya dengannya.
5. Hilang rasa malu.
6. Fungsi abstrak otak merosot, tidak dapat berfikir seperti orang biasa.
7. Pesakit gagal mengawal fungsi pembuangan air kecil dan air besar.Pesakit biasanya terkencing sebelum
sampai ketandas.Tetapi boleh jadi juga pesakit menyangka tempat beliau membuang itu adalah tandas.
8. Hilang kemahiran asas yang biasa di miliki seperti menjahit baju.
9. Mudah merajuk dan berkecil hati apabila kemahuan nya tidak di tunaikan.
10. Tidak dapat mengenali ahli keluarga yang terdekat termasuk anak, cucu dan adik beradik.

Sesiapa pun berisiko untuk menjadi nyanyuk. Bagaimanapun risiko meningkat apabila:

1. Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengidap nyanyuk
2. Mempunyai penyakit hypertension, diabetes atau high cholesterol .
3. Ada pendapat mengatakan mereka yang biasa tidur selepas masuk waktu asar terdedah kepada penyakit nyanyuk.
4. Pesakit nyanyuk lebih ramai yang berasal dari luar bandar.
5. Orang melayu.

Rawatan penyakit adalah sukar, dan biasanya ahli keluarga putus asa kerana tiada kesan yang dapat dilihat dengan segera dari rawatan yang diberikan.Pemeriksaan scan otak biasanya menunjukkan otak mengecut kerana kematian sel2 gray matter. Gelombang otak juga berkurangan dengan mendadak.

Rawatan:

1. Biasanya doktor memberi vitamin B12 untuk merangsang keaktifan otak.
2. Sebatian Ginkobiloba dikatakan dapat membuang bahan radiakal aktif dari tisu otak.
3. Belaian kasih sayang dan penjagaan sepenuhnya oleh ahli keluarga membantu mengurangkan kemerosotan fungsi otak.
4. Penjagaan kesihatan tubuh mengelakkan pesakit dari mendapat komplikasi seperti kecederaan, penyakit
kulit dan sebagainya.
5. Pesakit harus ditempatkan dalam lingkungan keluarganya sendiri dan premis mestilah jauh dari benda
merbahaya, toksik atau tajam yang mungkin boleh mencederakan.

Penyakit nyanyuk adalah terlalu biasa dengan komuniti melayu. Bagaimanapun belum pernah ada kajian bagaimana untuk merawat nya dengan cara yang paling berkesan. Perawat Tradisional atau Perubatan Moden belum menemui jalan keluar bagi masalah ini. Bagaimanapun ada beberapa teori yang mencadangkan perkara2 berikut boleh mengelak dari mengidap nyanyuk.

1. Banyakkan membaca AlQur’an.
2. Jangan tidur selepas masuk waktu asar.
3. Jangan tinggalkan ibubapa bersendirian dirumah ketika kita keluar bekerja.
4. Selalu membawa ibubapa kita keluar berjumpa masyarakat, bercuti, berkelah atau melancong.Suasana terkurung menyebabkan mereka buntu dan emosi terganggu.
5. Galakkan mereka membaca buku, suratkhabar atau majallah supaya minda mereka selalu berfikir.
6. Banyakkan berdoa untuk kesihatan orang tua kita.
7. Mengamalkan cara hidup sihat, bersenam, memakan makanan berkhasiat, multivitamin, susu, buah-buahan, dan bergaul dengan masyarakat.

Sumber : Internet

1 komen:

It is also possible Abercrombie today to create your Abercrombie own custom polo shirts Abercrombie Sale wherein you can have your Cheap Abercrombie own logo embroidered Abercrombie outlet on the front of the shirt. abercrombie Jeans These custom polos are ideal for companies that are hosting an event of some kind. Abercrombie Pants They are also great to give away as promotional Abercrombie Tees items to company personnel for work well done. Clubs of all types take advantage of
Abercrombie Shorts custom polo shirts as do sports teams who wish to have all members Abercrombie Sweaters dressed the same when traveling together. Customized shirts are also great to use as staff clothing or uniforms for pubs, restaurants, hotels and a wide variety of other types of businesses.One of the most popular companies in business today that offers the custom polo shirts is LEADapparel. This online retailer offers custom embroidery services on orders of twelve or more shirts. The embroidery done is perfect and of the highest quality. Orders are processed quickly and shipped out within just a few days.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More