15 August 2007

Buat Blog

Hari Isnin lepas, member praktikum (Azlan), mempromotekan kepada guru2 mengenai pembinaan blog bagi membolehkan guru/sekolah membuat laporan atau hebahan mengenai aktiviti yang dibuat di sekolah ke dalam internet agar boleh dicapai oleh warga siber. Jadi ari ni datanglah beberapa orang cikgu yang berminat ke makmal komputer untuk membina blog. Bab blog ni memang diserahkan kepada En. Azlan saja memandangkan beliau merupakan sifoo blog untuk menunjuk cara bagaimana membina sesuatu blog. Bermula dengan membuat pendaftaran akaun gmail hingga kepada membuat posting entri, Wak Lan (panggilan mesra untuk En. Azlan) dengan penuh bergaya dan semangat memberi penerangan serba ringkas kepada cikgu2. Peranan aku pulak....hanya mengambil gambar Wak Lan menunjuk ajar rakan2 guru. Tu pun cukuplah untuk jadi sumbangan ......

Wak Lan membimbing beberapa org cikgu membuat akaun gmail.

Nampak gaya akaun gmail dah dibuat, jadi langkah seterusnya mencipta blog.

buat gini, klik situ, gitulah, klik sini, aaa...dah betul tu. Agaknya itulah ayat Wak Lan menerangkan kepada guru2.

Cuma line internet yang tak beberapa lancar sejak minggu lepas membantutkan guru2 untuk membina blog.
~ Konsep kami : Memberi input dan memperkenalkan sesuatu yang berguna untuk rakan2. Jika berminat, datanglah untuk belajar dan dengan rela hati kami sudi membimbing rakan2 setakat yang termampu.

p/s : Sorilah Sifoo Lan panggil hang Wak...hensem ko ari ni pakai batik nooo..

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More