13 August 2007

Beban Kerja..

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau
kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang
lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6
tahun.
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,
sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13
juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja
kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan.
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang
menganggur dan takder kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh
university student, kena buang kerja dll.
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam
hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila).
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat
kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat
1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku...
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi
tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam
Malaysia nie... mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah sikit....
dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk
kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian
Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga
Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun
nak kena suruh aku buat jugak.

1 komen:

Menarik dgn fakta tu... Aku pun terasa jugak..hahahhah..

Nampak gayanya, blog ni dah mula menukar bearing haluan penubuhannya...hahahha...semoga berterusan! TERUSKAN dan bukannya TERUSAN....hahahh

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More