18 August 2007

Arrivederci! Peringgit

Dua hari bercuti tak menulis di blog, tangan dah terasa gatal nak menaip. Ntah apa yang nak diceritakan. Arrivederci! (selamat tinggal dalam bahasa Itali) mmg diucapkan khas utk kekawan baru di SK peringgit. Nampak gayanya 6 minggu yang terasa lama untuk menjalani praktikum tu dah habis. Dah habis ? macam kompius jugak, tak terasa panjangya 6 minggu tu. Secara rumusannya sepanjang kami berada di SK Peringgit bolehlah dikatakan kami berjaya dalam misi praktikum kami (membuat projek/perkhidmatan latihan). Pertamanya kami berjaya memasang sistem wayarles yang boleh dicapai kira2 lingkungan 60% kawasan SK Peringgit. Keduanya, berjaya memberi khidmat latihan dalam bentuk kursus excel kepada guru2. Ketiga,berusaha memberi kerjasama dan bimbingan kepada guru2 mengeia permasalahan dalam sistem pemkomputeraan. Dan keempat, membantu guru2 untuk mendalami ilmu IT terutamanya imu yang berkaitan dengan sistem pengajaran dan pembelajaran.
Hari khamis, sehari sebelum kami habis praktikum, pihak sekolah telah mengadakan jamuan. Dengan dua sebab, pertamanya guru2 yang mendapat APC bergabung tenaga dan wang ringgit mengadakan jamuan untuk rakan2 dan yang kedua, pihak sekolah meraikan kami (cikgu2 praktikum) yang akan mengakhiri masa praktikum nanti. Terima kasih le..kekawan dan pihak sekolah. En.Azlan mewakili kami rakan2 praktikum memberi sedikit ucapan terima kasih kepada pihak sekolah. Pada masa itu juga diadakan penyampaian

Wakil kami En. Azlan menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang erat yang diberikan.


Ustaz Rosdi salah seorang penerima APC yang sama2 menyumbang kepada jamuan ini hehehehe....

sijil kepada guru2 yang menghadiri kursus excel tempoh hari. Kami juga dapat sijil.....sebagai fasilitator kursus tersebut bersama dengan cenderamata.

Cikgu Nazri dan cikgu D'zali, memang tak memberi pluang kepada makanan yang berada di hadapan mereka.

Cikgu Halili(berbaju biru), dulu sama2 satu zon di Kluang, Johor (Zon Renggam/Layang2). Jumpa semula di SK Peringgit, Melaka.

Asam pedas tetel, sayur lemak pisang, ikan caru bakar, ulam2, sambal belacan dan tembika serta air cincau sejuk menjadi hidangan
hari tu. Peh!!...mengancam, lebih2 kalau perut memang tengah lapar.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More