17 July 2007

Terowong

Semalam saya ada menceritakan mengenai terowong di SK Peringgit ini. Di sini sedikit kisah mengenai terowong tersebut. Terowong ini yang panjangnya lebih kurang 15 meter siap dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Hj. Ali bin Mohd Rustam pada 26 Mei 2007. Ia menghubungkan antara 2 kawasan sekolah iaitu satu kawasan yang menempatkan blok D dan makmal komputer dengan satu kawasan yang menempatkan blok A, blok B dan blok C (pentadbiran). Sebenarnya kedua kawasan sekolah ini dipisahkan oleh sebatang jalan raya. Cadangan asal adalah untuk membina jejantas tetapi akibat kos yang tinggi cadangan kemudiannya lebih kepada membina terowong. Mengikut dari sumber guru disini, kos membina terowong tersebut dianggarkan lebih RM 200,000.00. Ia dikatakan unik kerana jarang sekolah yang dihubungkan dengan terowong melainkan jejantas.
Ini memberi identiti kepada SK Peringgit.
Berbalik kepada agenda pemasangan wireless, kabel yang akan ditarik nanti dari pusat akses juga akan melalui terowong ini kemudian ke blok C. Disitu akan ditempatkan satu unit Acess Point (AP) (Peringgit 1). Ia akan memberi capaian internet tanpa wayar dan juga rangkaian dalaman kepada printer kepada blok C dan blok D. Satu lagi AP akan dipasang di tingkat 2 di blok B (Peringgit 2). Ia akan memberi capaian internet tanpa wayar kepada blok A dan B. Capaian tanpa wayar ini akan disediakan ciri-ciri keselamatan dimana untuk mendapatkan capaian tanpa wayar ini, pengguna perlu mempunyai WEP key. WEP key ini hanya diketahui oleh pihak pentadbiran sahaja. Ini adalah perlu untuk menggelakkan penggunaan tanpa izin oleh masyarakat di sekitar sekolah.
Proses pemasangan AP akan dimulakan selewatnya minggu depan memandangkan pihak sekolah dan PIBG sudah meluluskan sumber kewangan dan akan diperolehi hari ini. Jadi minggu ini adalah untuk membeli peralatan yang diperlukan serta menyediakan plan kedudukan AP tersebut. InsyaAllah dengan kerjasama semua pihak projek ini akan berjalan dengan lancar dan yang pastinya akan berjaya. Senang cerita nanti guru2 di SK Peringgit, kalau duduk dalam terowong ini pun akan dapat capaian kepada internet. Cayalah...........

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More