30 July 2007

Taklimat dan Bengkel Wireless


Setelah pemasangan wireless selesai pada minggu lepas, pada hari ini kami telah mengadakan taklimat serta bengkel konfigurasi notebook bagi mencapai akses tanpa wayar. Kehadiran semua guru yang mempunyai notebook ke taklimat ini amat memuaskan walaupun diadakan selepas waktu persekolahan. Dengan sedikit penerangan dan juga 'handout' yang diberi, guru2 dapat membuat sendiri konfigurasi kepada notebook masing2 kecuali beberapa orang guru yang komputernya tidak mempunyai internal wireless adapter. Nasib le badan. Jadi untuk penyelesaiannya mereka perlu mendapatkan external wireless adapter yang dalam bentuk USB terlebih dahulu.

Guru2 mendengar taklimat sambil membuat konfigurasi sendiri pada notebook masing.


Masing2 dah seronok dapat melayari internet tanpa wayar.

Terlebih dahulu pada sebelah pagi kami sempat membuat sambungan internet secara kabel kepada 2 komputer di pejabat dan sebuah di bilik HEM. Untuk bilik guru besar kami bercadang untuk menggunakan USB wireless adapter sahaja. Bukan apa untuk menyenangkan kerja saja kerana kalau menggunakan kabel nampak berserabut sikit.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More