24 July 2007

Sekitar SK Peringgit


Gambar2 yang diambil dari tingkat 3 blok B, SK Peringgit pada 24/07/2007 jam 8.10 pagi.


Masjid Al-Azim dari SK Peringgit

Permandangan Melaka Bandaraya Bersejarah dari SK Peringgit

Anjung Hikmah IPPM di lihat dari tingkat 3, Blok B, SK Peringgit

Blok D, dibelakangnya adalah bandaraya Melaka.

Gambar2 di atas adalah sebagai intronya, mulai hari ini, kami telah memulakan pemasangan kabel untuk memasang AP di bilik guru SK Peringgit. Jarak dianggarkan lebih kurang 100 meter. Point untuk akses adalah diambil dari Pusat Akses yang terletak di Blok D, kami bermula seawal puluk 8.30 pagi dan siap lebih kurang pukul 2.30 ptg. Masa agak lama sedikit memandangkan banyak perkara yang tidak diduga berlaku, contohnya terlupa membeli casing untuk kabel, jadi kenalah dapatkannya dulu. Nampaknya balik lewat sikit la ari ni. Tapi tak apa, yang penting kerja2 dapat disiapkan. Hari ini tak sempat untuk membuat ujian terhadap AP tersebut memandangkan akses internet tidak dapat diterima kerana server di makmal komputer telah ditutup kerana sesi persekolahan telah berakhir. Jadi untuk pengujian akan dibuat pada hari esoklah. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Jika semuanya berjalan lancar, kami bercadang untuk membuat sesi taklimat dan juga membantu guru2 untuk membuat konfigurasi kepada notebook masing2 agar dapat mengakses internet tanpa wayar ini nanti pada hari Jumaat nanti.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More