20 July 2007

Mesyuarat AJK ICT

Semalam 19.7.2007 satu mesyuarat berserta taklimat di adakan diantara pentadbir sekolah, AJK ICT, YDP PIBG dan guru-guru praktikum berkenaan projek pemasangan wireless. Mesyuarat yang diadakan pada 1.10 ptg lebih memberi taklimat mengenai projek ini. Sedikit penerangan berkenaan perjalanan projek dan pebentangan kertas kerja oleh guru praktikum memberi sedikit gambaran berkenaan projek ini kepada hadirin.

Pihak PIBG memang memberi sepenuh sokongan kerana menurut YDPnya, projek semacam ini memang telah lama berada dalam cadangan beliau dan kesempatan dengan adanya bantuan dari guru-guru praktikum ini memang amat dialu2kan oleh beliau. Malah pembiayaan projek ini 100% dibiayai oleh PIBG. Dalam majlis tersebut juga diadakan upacara penyerahan pembiayaan oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Harun. Projek ini insyaAllah
akan mula berjalan mulai minggu depan.





0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More