27 July 2007

Internet Tanpa Wayar

AP yang dipasang di luar bilik pengawal keselamatan

AP yang berada di bilik guru


Cikgu Razali menggunakan kemudahan internet tanpa wayar untuk menggunakan Google Earth

Mulai semalam, pemasangan AP sudah selesai. Dua buah Ap di pasang, satu berada di bilik pengawal keselamatan dan satu lagi berada di bilik guru. Dengan kedua-dua AP ini boleh dikatakan 50% kawasan SK Peringgit berada di dalam liputan internet tanpa wayar. Kawasan2 yang boleh akses internet ialah di bilik guru, pejabat, seluruh blok C (pentadbiran), blok B, bilik Buku Teks dan seperti yang dijanjikan dalam terowong pun ada akses internet ini. Mulai semalam sudah ada guru2 yang dapat menggunakan kemudahan ini. Satu taklimat pendek akan diadakan pada hari Isnin 30/7/2007 untuk guru2 membuat konfigurasi kepada notebook masing2 bagi mendapat akses internet tanpa wayar.


Selepas ini, kami akan membuat sambungan pula kepada satu lagi AP yang akan memberi akses internet di blok A dan tingka atas blok B. Di samping itu, kami akan membuat sambungan juga kepada komputer dekstop yang berada di pejabat.

0 komen:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More